BondeZaidalifahDotCom: KEUNTUNGAN DIVIDEN ASB 2016

KEUNTUNGAN DIVIDEN ASB 2016

7:33 pm


Semalam pihak PNB dah umumkan dividen bagi saham ASN. Hari ini pula, seperti yang di tunggu-tunggu peratusan agihan dividen ASB. Telah di  umumkan !


SEMAK DIVIDEN ASB 2016


Tadaaaaaa......


Petikan aktikel : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. Pada tahun lalu, agihan pendapatan adalah sebanyak 7.5 sen dan bonus satu sen. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM10.41 bilion, peningkatan 4.3 peratus berbanding pembayaran RM9.98 bilion tahun kewangan sebelumnya. Beliau berkata, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham dan ekonomi mengalami situasi yang mencabar sepanjang tahun ini. "Kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB ini adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan," katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur hari ini. 

Agihan pendapatan tahun ini 2015, ASB sebanyak 7.25 sen seunit serta bonus 0.50 sen seunit

Jadual Dividen ASB 1990-2014




Nampakkan perbezaannya walaupun sedikit berkurangkan.... suka nak ingatkan diri sendiri Tahun 2016 adalah tahun penjimatan... kene banyak menabung setiap masa kene pikir banyak kali untuk shopping atau bebelanja perlu buat kira-kira... beli ikut keperluan.

Tak perlu kita nak mengeluh, kita kene positif sepanjang masa, 

jika rasa kita susah bayangkan ada orang lagi susah dari kita.

INFO !

Tarikh Pembayaran Atau Pengeluaran Bonus 

Dividen ASB 2016


Ramai yang sudah tertanya-tanya bila tarikh pembayaran atau pengeluaran bonus dividen untuk tahun 2015

Pengagihan akan dikredit secara automatik ke dalam akaun pemegang saham pada Januari 2016. Semua transaksi untuk ASB dibekukan sehingga 4 Januari 2016 untuk tujuan pengiraan dan pengagihan pendapatan.


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. semak cepat bonde, rezeki hujung tahun :)

    ReplyDelete
  2. boleh tahanlah tu, masih berada di angka yang memberansangkan di sebalik kejatuhan ekonomi.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. malaysia masih aman... :)

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN