BondeZaidalifahDotCom: FAKTA MENARIK TENTANG PIALA MALAYSIA

FAKTA MENARIK TENTANG PIALA MALAYSIA

8:40 pm

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...


Malam ni, nak cerita pasal Bola untuk Perlawanan esok Malam 12 Disember 2015. Kalau tanya Bonde sokong pasukan mana ? Tentulah sokong selangor sebab anak jati Selangor.... he he he

Kali ni Bonde memang tak turun ke Stadium... Pilihan Bonde tengok dirumah atau di suatu tempat terbuka ( kedai mamak kot).. Sebab musababnye anda semua pon sedia maklum. (depan tv bentang toto pon ok)...

Kat rumah pon boleh jerit Goallllll ha ha ha ha... sebenarnya lama tinggalkan zaman tengok Bola dekat stadium... rindu jugak nak masuk stadium buat ombak tu....

Apa-apa pon... sebelum perlawanan esok malam jom sama-sama kita baca balik sejarah yang lepas... Piala Malaysia

Fakta Menarik ‪#‎PialaMalaysia‬ #siri 1


Sabtu ini 12 Disember 2015 - Selangor dan Kedah mengulangi sejarah kira-kira 7 tahun yang lalu.
Pertemuan kali terakhir ‪#‎RedGiants‬ dengan ‪#‎LangMerah‬ adalah kira-kira 3 tahun yang lalu - 3 Julai 2012, Liga Super pusingan kedua, Selangor diikat seri 1-1 Kedah di Shah Alam.

Fakta Menarik ‪#‎PialaMalaysia‬ #siri 2


Peringkat separuh akhir ‪#‎PialaMalaysia2015‬ adalah KEMENANGAN PERTAMA Selangor & kejayaan kedua Selangor ‪#‎RedGiants‬ memenangi perlawanan "leg" kedua di laman SHAH ALAM!
(1) Semi 2012 Leg 2 @ SSA - Selangor tumbang 0-2 Kelantan (Aggregat 0-3).
(2) Kali terakhir Semi Leg 2 PM di SSA adalah kira-kira 20 tahun yang lalu: 5 November 1995 - Selangor diikat SERI 0-0 Sarawak (Selangor menang aggregat 3-2).
(3) Semi 1994 Leg 2 @ SSA - Selangor diikat seri 2-2 Singapore, dan tewas aggregat 2-3.
(4) Semi 1984 Leg 2 @ Merdeka - Selangor menang 2-0 Penang (Aggregat 3-0).
(5) Lain-lain separuh akhir pusingan kedua sejak 1986, Selangor bermain di tempat lawan dalam "leg" kedua.
- 2011 Terengganu 2-1 (Agg 4-1) Selangor.
- 2008 Johor FC 1-0 (Agg 1-2) Selangor.
- 2005 Terengganu 1-1 (Agg 2-4) Selangor.
- 2002 Kedah 1-1 (Agg 2-4) Selangor.
- 2000 Perak 3-0 (Agg 5-2) Selangor.
- 1997 Perlis 0-2 (Agg 0-4) Selangor.
- 1996 Brunei 2-1 (Agg 2-3) Selangor.
- 1991 Pahang 0-2 (Agg 0-6) Selangor.
- 1988 Kuala Lumpur 4-2 (Agg 5-4) Selangor.
- 1986 Singapura 1-5 (Agg 1-7) Selangor.


Fakta Menarik ‪#‎PialaMalaysia‬ #siri 3


1) Pertamkali Selangor menjuarai Piala Malaysia adalah pada kira-kira 93 tahun yang lampau, ketika itu pertandingan dikenali sebagai Piala Malaya 1922.

2) Selangor telah dikecewakan oleh Singapura pada tahun pertama pertandingan Piala Malaya ini (tahun sebelumnya: 1921) dengan keputusan 1-2.

3) Musim 1922 bermula bulan Julai, Selangor mengharungi peringkat kumpulan Zon Utara dengan menang 2-0 Perak, seri 2-2 Penang & menang 2-0 Penang pada perlawanan ulangan, mengumpulkan mata terbanyak dan layak ke perlawanan akhir kali kedua berturut-turut.

4) Sekali lagi Selangor melayan kunjungan Singapura di Padang Kelab Selangor (Kelab Sultan Sulaiman sekarang) dalam perlawanan akhir 1922 pada hari Sabtu bertarikh 2 September.

5) Selangor telah bangkit daripada dua kali ketinggalan, pada mulanya Singapore mendahului hasil jaringan Jamieson pada minit ketiga sebelum Selangor menyamakan kedudukan 1-1 oleh De Souza pada minit ke-10. Sekali lagi Selangor dibolosi Singapore pada minit '12 oleh Yong Liang, namun kembali menyamakan kedudukan 2-2 pada minit '20 menerusi jaringan penyamaan Meow Chong.

6) Akhirnya Selangor menjuarai Piala Malaya apabila De Souza menjadi hero dengan menyumbat gol ketiga Selangor pada minit '25, juga gol peribadi keduanya! Tamat perlawanan dan Selangor menjulang kali pertama Piala Malaya ini pada tahun 1922!

7) Pasukan-pasukan ini juga menjuarai PM kali pertama seperti berikut:- Singapore 1921, Perak 1926, NegeriSembilan 1948, PulauPinang 1953, Pahang 1983, JDT II (Johor) 1985, KualaLumpur 1987, Kedah 1990, Brunei 1999, Terengganu 2001, MPPJ 2003, Perlis 2004, dan Kelantan 2010.


Sumber info: selangorfc

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN