BondeZaidalifahDotCom: KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

9:34 pm


Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Bagi anda yang keliru dengan Cuti Tanpa Rekod bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat :

Disini Bonde kongsikan Pekeliling tentang :

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015 

KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT 

TUJUAN 

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dengan penambahbaikan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat kepada pegawai Perkhidmatan Awam. 

LATAR BELAKANG 

2. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam selama tiga (3) hari untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat yang dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002 (PP Bil. 10/2002). 

3. Mengikut PP Bil. 10/2002, ahli keluarga terdekat terdiri daripada suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung kepada pegawai berkenaan. Oleh itu, selaras dengan hasrat untuk menjaga kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod tersebut dengan memperluas kemudahan ini kepada urusan kematian ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang. 

TAFSIRAN 

4. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini - 

‘ahli keluarga terdekat’ bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat1 , bapa kandung atau bapa angkat2 , ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara.

‘anak angkat’ bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula3 . ‘anak angkat de facto’ bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah seksyen 6, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253). 

‘anak pelihara’ bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611). 

‘bapa angkat’ bermaksud bapa kepada anak angkat seperti diperuntukkan di bawah Akta 257. ‘bapa mentua’ bermaksud bapa kepada isteri atau suami yang sah. 

1 ibu angkat yang sah di sisi undang-undang.

2 bapa angkat yang sah di sisi undang-undang. 

3 sebagaimana yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]. 3 ‘ibu angkat’ bermaksud ibu kepada anak angkat seperti yang 


5) Cuti ini mempunyai pindaan seperti berikut :

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:

(i) kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan; 

(ii) bagi maksud kemudahan yang diperuntukkan untuk urusan kematian ibu mentua atau bapa mentua, kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan; 

(iii) Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah- 

(a) bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat; dan 

 (b) meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Bagi maksud Pekeliling ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 

(iv) kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan Ketua Jabatan boleh memanggil balik pegawai jika ketiadaan pegawai di tempat kerja boleh memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan awam; 

(v) permohonan Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan Borang Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat seperti di Lampiran A berserta salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat apabila pegawai kembali bertugas dan hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai; dan 

(vi) kemudahan ini turut terpakai kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002 adalah dibatalkan. 


TARIKH KUAT KUASA 

7. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2015. 

Kadang-kadang info berkaitan tak sampai dan ada yang tahu,

Moga perkongsian Pekeliling ini membantu anda dan rakan-rakan sekiranya berlaku keatas anda atau rakan sama ada layak mengunakannya atau tidak kene baca dan fahamkan Perkeliling hingga habis.



~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN