BondeZaidalifahDotCom: KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM SUSU IBU

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM SUSU IBU

10:59 pm


Assalamualaikum...

Bonde ada terbaca berkaitan kandungan Susu di FB Page dan nak kongsikan kepada anda semua berkaitan ini supaya semua pembaca blog Bonde boleh take noted dan kongsikan kepada rakan yang lain...

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM SUSU IBU




"Cukup ke susu ibu? Mesti baby tak kenyang ni"

"Baby ni asik meragam, betul ke ada susu ni?"

"Kerapnya baby menyusu, mesti susu ibu tak cukup"


"Baby menangis lagi, mesti dia lapar"

Ramai ibu yang mula berasa tertekan, resah, gusar dan sedih apabila menerima kata-kata yang seolah ibu tidak mampu memberi yang secukupnya kepada bayi.


Hakikatnya, perut si manja yang kecil tidak boleh atau tidak sepatutnya dipenuhi dengan jumlah yang banyak dalam satu masa jadi bayi perlu kerap disusukan. Perut kecil bayi akan mula menghadam jumlah kolostrum yang diminum untuk meningkatkan imun sistem dan akan memberi petunjuk lapar semula.

Pada awal hari pertama atau kedua, bayi kenyang selepas minum 5-15ml dan kemudian terlelap apabila mendengar degupan jantung yang dikenali dan mula tidur di dada ibu yang panas menyelesakan. Bayi yang baru lahir akan menyusu 8-12 kali dalam 24 jam. Ini bermakna, bayi akan menyusu semula selang 1-3 jam.

Adakalanya bayi akan menyusu secara kluster, iaitu bayi menyusu selama 45 minit kemudian tertidur, bangun semula selepas 30 minit dan menyusu selama 30 minit lagi dan kemudian tertidur. Penyusuan berikutnya mungkin setelah 2 jam, kemudian 3 jam selepas itu dan kemudiannya 1 jam.

Bayi kecil membesar dengan cepat, perut bayi juga akan lebih baik menghadam susu dan ini bermakna sesi penyusuan akan lebih pendek dan kurang.

Semoga ibu dapat gambaran bahawa penyusuan pada awal bulan pertama tiada waktu yang tetap. Ibu perlu ingat, lebih kerap bayi menyusu adalah lebih baik kerana ia satu cara stimulasi untuk meningkatkan susu ibu.







~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN