BondeZaidalifahDotCom: SENARAI POLITEKNIK PREMIER, KONVENSIONAL DAN METRO

SENARAI POLITEKNIK PREMIER, KONVENSIONAL DAN METRO

9:23 pm

Assalamualaikum....

Terbaca Info ni dekat malaysiatercinta.com tahun lepas ada anak buah dapat peluang memasuki Kolej Vokasional Kajang, tak pernah dengar pon dulu masa Bonde belajar di Sekolah Menengah ada Kolej Vokasional Kajang, rupanya dulu Kolej Vokasional Kajang ni adalah Sekolah Vokasional Kajang..

Sekarang Sekolah Vakasional telah di tukar kepada Kolej Vokasional.

Ini pula, Info untuk adik-adik lepasan SPM.


Senarai Politeknik Premier, Konvensional dan METrO


Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setaraf dengan IPTA/universiti. Ia hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Ia tidak menawarkan program peringkat sijil.
Permohonan adalah melalui UPU Online dan terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa.
Berikut adalah senarai Politeknik Premier setakat ini:
  1. Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak
  2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor 
  3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor


Politeknik Konvensional

Politeknik Konvensional berada di bawah kategori TEVT (Technical Education and Vocational Training) dan ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam). Politeknik konvensional menerima pelajar lepasan SPM dan setaraf. Program yang ditawarkan ialah peringkat Sijil dan Diploma. Ia terbuka kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui UPU atau politeknik.
Berikut adalah senarai Politeknik Konvensional setakat ini:
  1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang
  2. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah
  3. Politeknik Kota Bharu (PKB), Ketereh, Kelantan
  4. Politeknik Kuching (PKS), Sarawak
  5. Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan
  6. Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Menggatal, Sabah
  7. Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang
  8. Politeknik Melaka (PKM), Malim, Melaka
  9. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu
  10. Politeknik Merlimau (PMM), Melaka
  11. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak
  12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah
  13. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Lang, Selangor
  14. Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang
  15. Politeknik Balik Pulau (PBU), Pulau Pinang
  16. Politeknik Jeli (PJK), Kelantan
  17. Politeknik Mukah (PMU), Sarawak
  18. Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan
  19. Politeknik Banting (PBS), Selangor
  20. Politeknik Mersing (PMJ), Johor
  21. Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Kuala Berang, Terengganu
  22. Politeknik Sandakan (PSS), Sabah
  23. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis
  24. Politeknik Kuala Terengganu (PKKT), Terengganu
  25. Politeknik Pagoh (PPJ), Johor (kini menumpang di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan)


Politeknik METrO

Politeknik METrO (Maximising Education & Training Opportunities) merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan dan perdagangan.
Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukanupskilling dan re-skilling. Pembelajaran dijalankan secara virtual learning dan melibatkan komponen on the job training.
Politeknik METrO terletak di pusat bandar dan tidak menyediakan asrama untuk pelajar.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui UPU atau politeknik.
Berikut adalah senarai Politeknik METrO setakat ini:
  1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur
  2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU), Pahang
  3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Johor
  4. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), Permatang Pauh, Pulau Pinang (kini menumpang di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang)
  5. Politeknik METrO Betong (PMB), Sarawak

Semoga maklumat mengenai jenis-jenis dan perbezaan politeknik di atas berguna buat pembaca.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN