BondeZaidalifahDotCom: BERITA DARI MINA

BERITA DARI MINA

11:05 am

BERITA DARI MINA


Makkah, 27 September 2015. Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan seorang jemaah haji di bawah kelelolaan Tabung Haji meninggal dunia di dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah yang lalu selepas dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.

Jemaah haji yang terlibat adalah Zulkifly Samad berumur 50 tahun beralamat di Taman Ukay Bistari, Ampang Selangor yang berasal dari Johor. Pihak Tabung Haji pada pemakluman awal mengesahkan tiada jemaah haji yang telibat dalam rempuhan tersebut berdasarkan pengesahan daripada waris dan maklumat awal dari penempatan jemaah haji.

Pihak Tabung Haji telah membuat semakan  dan pengumuman melalui siaraya di khemah jemaah pada jam 12.30 tengah hari sehingga 3 petang pada hari kejadian. Tiada sebarang aduan daripada waris dan rakan sekhemah berkaitan dengan sebarang kehilangan Jemaah.

Pada sebelah malam jam 11.00 Suria Hanim Bt Abdul Hamid, isteri Zulkifli Samat telah membuat laporan bahawa suaminya tidak pulang ke khemah. Dalam laporan tersebut, isterinya mengakui bahawa suaminya tidak bersama dengan Jemaah TH dari Muzdalifah kerana bercadang untuk berjalan kaki mengikut Sunnah Rasullulah ke Mina.

Menurut Suria Hanim panggilan terakhir telah dibuat kepada suami beliau adalah pada jam 7.15 pagi, 10 Zulhijjah. Dalam perbualan telefon tersebut, suami Suria Hanim memaklumkan beliau selamat tiba di Mina dengan jemaah haji negara lain dari Muzdalifah.

Setelah menerima aduan tersebut para petugas haji memulakan usaha mencari jemaah tersebut di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan  di Mina yang diketegorikan tersasar.

Pada hari ini jam 1.30 petang pasukan perubatan Tabung Haji telah membuat tinjauan di rumah mayat Moaissim di mana pasukan perubatan telah menemui satu jenazah rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam keadaan yang sempurna.

Pasukan perubatan Tabung Haji telah mengesahkan jenazah tersebut melalui identifikasi yang ada pada jenazah tersebut. Di sini pihak Tabung Haji mengesahkan Jenazah tersebut adalah Zulkifli Samat.

Pihak Tabung Haji amat berdukacita dengan insiden yang tersebut. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan para syuhada..

YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Moga semua umat Islam di Mina dilindungi InsyaAllah, Aamiin.




Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. Salam pagi....
    Takziah pada keluarga mangsa..semoha rohnya ditempatkan bersama orang² beriman...Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. innalillahi wa inna ilaihiraa jiunn. salam takziah ke atas kluarga mangsa

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN