BondeZaidalifahDotCom: SPEGETI MEAT BALL RAMLY

SPEGETI MEAT BALL RAMLY

11:16 am

Assalamualaikum.. pagi ni nak share cara nak buat :

Spegeti Meat Ball Ramly


Untuk 20 orang makan

Bahan-Bahan :

2 tin Prego Cendawan
2 tin Prego Tradisi
2 Paket spegeti La Fonte
1 Paket Berbola Daging Ramly (Meat Ball)
2 paket franfuter Ayam (hiris2 kecil)

Cara-caranya :

Untuk rebus spegeti:
 Didihkan air dalam kuali dan masukkan 1 sudu minyak zaiton, kegunaan minyak zaiton dalam rebusan agar spegeti tidak melekat senang nak senduk.

Untuk buat kuah :
Dalam 1 periuk yang lain, 
masukan 2 tin prego cendawan, 2 tin prego tradisi, dan tambah 2 tin air kosong mengunakan tin yang sama, biarkan ia hingga mendidih dan masukan franfuter Ayam yang telah dihiris kecil.

Goreng Meat Ball Ramly
Dalam kuali yang lain gorengkan meat ball ramly tadi,
 Setelah kuah dan meat ball masak bolehlah dihidangkan bersama spegeti tadi dan jangan lupa taburkan daun sup dan sedikit bawang goreng.



Untuk info produk Ramly bolehlah ke :

selamat mencuba :

Spegeti Meat Ball Ramly


Baca entri yang lain

6 TEGURAN MEMBINA

  1. Sedapnye... Dah lama Zumal tak buat spaghetti nie ^-^

    ReplyDelete
  2. KG makan spageti masa peknen jer dulu..skrg mcm benci aje dgn spageti..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye... mesti time tu KG mengidam kan!

      Delete
    2. memang ngidan...boleh abiskan satu pek spageti tu tau bonde

      Delete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN