BondeZaidalifahDotCom: Petua Untuk Badan Ramping

Petua Untuk Badan Ramping

11:35 pm

Selamat Malam....

Lepas raya jer, semua kata badan dah naik, badan dah gemuk, perut dah buncit macam-macam lagilah... semua berkaitan dengan dengan kenaikan berat badan.

Punca utama yang dikenalpasti ialah masa raya hari tu messti ramai-ramai : #makantakhinggatdonia.

Jadi Bonde nak kongsikan 8 Petua untuk anda supaya Ramping semula....


~Sekadar gambar hiasan~

Petua Untuk Badan Ramping

1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah. Cubalah naik dan turun dengan tangga.

2. Minum air kosong 8 gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

3. Sarapan setiap pagi jangan diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.

Jom sama-sama kita buat, ikut senarai yang diatas... sehari kita praktikkan beberpa petua diatas InsyaAllah dapat membantu untuk 8 petua yang ada diatas.

#KurusituBonus

#Kearahbebaspenyakit

#Gemokselamattinggal

#ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

10 TEGURAN MEMBINA

  1. Nie kena ambil tips nie..sbb berat mendadak ngak naik lepas raya nie

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Nani nnt cuba yea.. selamat mencuba tau!

      Delete
  3. petua SA, lupakan seketika tentang nasi...dan minum air banyak sekurang2nya 2-3 liter sehari then malkan makan buah dan sayur-sayuran

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN