KELAZATAN BUAH KIWI ZESPRI



Assalamualaikum Salam Petang,

Akhirnya............
Dapat juga Bonde rasa nikmat makan buah Kiwi Zespri ni, Nak tahu kat mana Bonde Beli, Bonde Beli dekat Aeon Seri Kembangan.. sebenarnya dah 2 kali nampak Kiwi Zespri ni sebelum ni dekat giant dan tesco tapi masih teragak-agak nak beli takut rasanya tak boleh diterima tekak...

KELAZATAN BUAH KIWI ZESPRI 



Sebenarnya anggapan boleh sama sekali salah tentang buah kiwi zespri ni, Untuk Bonde pengemar rasa sweet sour memang sesuai makan buah kiwi ni.

Hasil dari google... tentang Kiwi Zepri...


Kenapa perlu makan Kiwi?


Buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding buah oren selain mengandungi dua kali ganda kandungan vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi GI ( indeks glisemik ) yang rendah serta mengandungi serat yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Buah kiwi sesuai di makan mentah bersama kulitnya. Selain menjadi penambah selera apabila dimasukkan dalam masakan, secara puratanya buah kiwi menyediakan kandungan vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium, dan zink yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan meyeluruh.

Kelebihan kandungan buah kiwi :

  1. Vitamin C - mengandungi 2 kali ganda vitamin c berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu di ambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang di sarankan.
  2. Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semulajadi. Lebih-lebih lagi buah yang buah yang boleh menjadi sumber vitamin E ( yang dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan )
  3. Asid Folik - sumber semulajadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi ( manusia memerlukan asid foliksebelum dan ketika hamil ) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid Folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik yang mencukupi.
  4. Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpontensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan jantung.
  5. Lutein Karotenoid - bukan sahaja mengandungi kandungan lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi di buktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  6. Antioksidan ( contohnya polifenol dan karotenoid ) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  7. Serat - Buah kiwi sesuai di makan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semulajadi. 
Disebabkan rasanya yang sedap dan menepati citarasa Bonde akan masukkan dalam list buah-buah fav Bonde...

Iklan mengoda dari Family EFG yang buat Bonde tak tahan nak rasa buah ni masa bulan Puasa hari tu... 

mari sini dekat sikit, dekat lagi, dekat lagi ehhh tengok dekat....

IG PCL PCL 1 dan PCL 2  

IG Mommy Irra MOMMY 1 dan MOMMY 2

Alang-alang dah tengok follow lah sekali yea...

yang dah terliur tu cepat-cepat cari kiwi kat Giant, Tesco dan Aeon

~ Bonde Sentum Riang ~




Catat Ulasan

11 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.