BondeZaidalifahDotCom: Resepi Chicken Teppayaki By Bonde

Resepi Chicken Teppayaki By Bonde

9:59 pm

Resepi Chicken Teppayaki 



Bahan-Bahan :

Isi Ayam (250 gram)
Taugeh segar
Carrot (potong nipis dan hiris memanjang)
Kobis bulat (hiris halus)
Tauhu 2 keping
1 biji bawang besar
2 biji cili besar (dihiris serong)
1 buku bawang putih
2 batang daun sop (hiris halus)
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram adabi
2 sudu besar kicap cair
2 sudu majerin
minyak untuk menumis
sedikit cukup rasa maggi
sedikit air

Cara memasak :

Mula-mula hiris bawang putih, (bawang ni kalau suka boleh buat lebih terpulang) sambil tu panaskan minyak dan masukan 2 sudu majerin (Bonde guna butter) goreng hingga naik bau dan bila kekuningan/garing angkat letakkan dalam piring alas dengan tisu biarkan sejuk.

Dengan menggunakan minyak yang sama goreng tauhu hingga masak.
kemudian sejukkan. 

Selepas itu, masukkan isi ayam. setelah garing masukan sos tiram dan kicap cair, masukan lada hitam dan tauhu yang telah dipotong tadi, masukan sedikit air dan cukup rasa manggi , masukan carrot seterusnya masukan kobis, bawang besar dan cili besar dan yang terakhir masukan taugeh dan hirisan daun sop.

Gaul rata dan angkat untuk dihidangkan..

taugeh lebih sedap kalau ranggup, jadi biar taugeh separuh masak.  

Selamat mencuba :)

Resepi Chicken Teppayaki 

Kalau makan kat restoran dah tentu kene rm 16++ dan belum caj gst, jadi cubalah masak dan ada boleh ubah ikut kegemaran sendiri.

Ayam boleh ditukar dengan daging dan ikan salmon, ikut citarasa anda.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

8 TEGURAN MEMBINA

  1. sedapnyaaaaa...boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  2. xpernah mkn ni...tpi taugeh tu xletak boleh tak..angin...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je... lebihkan carrot dan kobis... he he he

      Delete
  3. wahhh.. bole try ni berbuka kang :)

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN