BondeZaidalifahDotCom: Petua Untuk Mengatasi Bosan, Jemu, Tertekan dan Marah-Marah

Petua Untuk Mengatasi Bosan, Jemu, Tertekan dan Marah-Marah

1:11 am

Jom baca....


Petua Untuk Mengatasi Bosan, Jemu, Tertekan dan Marah-Marah


 1. Jika anda terlalu sibuk bekerja, ambil masa selama 15 minit untuk duduk rehat tanpa membuat apa-apa kerja dan tenangkan fikiran. Ini boleh mengurangkan ketegangan dan tekanan
darah anda di samping meningkatkan daya kawalan anda terhadap keadaan sekeliling.

2. Legakan tekanan anda dengan membuatkan diri anda ketawa gembira. Cuba ketawa dengan menonton rancangan TV komedi kegemaran anda atau mendengar sesuatu yang lucu dari nada dering telefon bimbit anda.

3. Dengar muzik yang menenangkan. Suasana yang terlalu sunyi akan menambahkan lagi tahap tekanan diri anda. Sekali-sekala anda perlukan muzik untuk tenangkan diri. Jenis muzik pula bergantung kepada citarasa anda.

4. Fikirkan sesuatu yang menggembirakan. Fokuskan fikiran anda terhadap sesuatu yang menggembirakan. Anda mungkin boleh boleh melihat gambar ahli keluarga tersayang atau melihat gambar pemandangan indah. Ini boleh meningkatkan semangat dan fikiran positif anda.

5. Berdiri dan ambil masa berjalan sebentar. Jika anda memperuntukkan masa berjalan sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu, anda akan kurang berasa tekanan dan boleh tidur dengan lebih baik. Untuk melakukannya, anda mungkin boleh mengambil masa 10 minit untuk berjalan ke hulu ke hilir di ruang pejabat anda setiap hari.

6. Buat senaman nafas. Tarik nafas panjang dan tahan untuk beberapa saat. Selepas itu, hembuskan secara perlahan-lahan. Anda pasti lega dan lebih mudah membuat kerja.



 ~ BONDE :) RIANG~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. jgn ketawa mase tengah berjalan.. nnt org ingat gile plak..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat tidur mmg lagi best ni..hihi

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN