BondeZaidalifahDotCom: MENU HARUS DICUBA : NASI IMPIT GORENG

MENU HARUS DICUBA : NASI IMPIT GORENG

11:28 pm


NASI IMPIT GORENG



Bahan-Bahan :

20 ketul - Nasi Impit Mini 
5 sudu besar -Cili kering yang telah dimesin
2 biji - Telur Ayam
3 sudu - udang geragau
1 biji bawang besar - cincang
5 ulas - bawang putih cincang
1 batang lobak merah - hiris panjang
1/2 biji kobis bulat - hiris halus
2 biji cili besar
sedikit daun sup - hiriskan halus
minyak untuk mengoreng
sedikit garam
sedikit cukup rasa maggi


Cara memasak :

panaskan minyak untuk menumis, masukan cili kering goreng hingga garing, masukan bawang merah  &  putih yang telah dicincang,masukan udang geragau dan masukan lobak merah, semuanya dan sebati masukan sedikit garam dan pecahkan telur.  setelah telur masak masukan nasi impit tadi dan gaul rata, masukan sayur kobis dan letakkan  cukup rasa maggi gaul hingga semua nampak telah masak angkat hidangkan dalam pinggan dan taburkan daun sup yang telah dihiris tadi. 

Sedia untuk dimakan.

Nota :

Selain udang geragau anda juga boleh letakkan udang kering atau udang hidup/segar, ikut citarasa anda.

Selamat Mencuba :)

NASI IMPIT GORENG RESEPI BONDE MEMANG SEDAP...





Baca entri yang lain

10 TEGURAN MEMBINA

  1. Nani pernah try buat ni. Hehhe :D

    ReplyDelete
  2. uniknya bonde, in shaa allah nanti kak ana cuba, tq sharing resepinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana nnt trylah masak, dan akak boleh Pelbagaikan mengikut citarasa kegemaran akak he he he :)

      Delete
  3. Kena try gak nie... nampak macam best ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal... trylah... sedap tau... boleh tambah ayam kalau nak... :)

      Delete
  4. Sedap ni....!! menu wajib beberapa hari lepas Raya...

    ReplyDelete
  5. Sedap ni....!! menu wajib beberapa hari lepas Raya...

    ReplyDelete
  6. Sedap ni....!! menu wajib beberapa hari lepas Raya...

    ReplyDelete
  7. Bonde, nasi impit tu potong² tak atau biarkan seketul²..hehe..boleh try ni....

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN