BondeZaidalifahDotCom: #Cabaran20Hari yang ke 20 : Pengalaman Main Mercun Masa Raya

#Cabaran20Hari yang ke 20 : Pengalaman Main Mercun Masa Raya

12:15 am

#Cabaran20Hari yang ke 20 : 


PENGALAMAN MAIN MERCUN MASA RAYA







Ini adalah Entri terakhir untuk #cabaran20hari... bertajuk : 

Pengalaman Main Mercun Masa Raya

Cerita pengalaman main mercun ni... sebelum tu nak cerita zaman Bonde Kanak-Kanak dulu tiada larangan jualan mercun macam sekarang ni... Sebab Zaman Bonde 30 tahun yang lalu... Mercun senang dibeli dan ada dijual kedai runcit dan kakilima kedai rata-rata dimana-mana kedai ada jual tak kira perayaan apa.

Harga pula taklah mahal macam sekarang ni.. Mampu dibeli pada masa tu... tapi jadi larangan oleh Mak/Ayah...

Kata Mak.... "jangan beli mercun... Sayang duit tu, bakar mercun macam bakar duit tau" masa tu tak pikirpon kenapa Mak cakap macam tu yang Bonde tahu... nak seronok main bunga api dengan mercun

Sekarang ini...
Dan 20 tahun lepas setelah berkerja dan mencari duit sendiri, Dan bila mengarang Entri ini terkenang mengapa Mak Cakap macam tu... Baru tahu kenapa dulu Bonde tak pikir dan ambil kisah sebab bukan keluar duit sendiri untuk beli, Sekarang kene berkira nak keluar duit untuk membeli Bunga Api untuk Fatin.  Sebab terasa membakar duit he he he

Jenis-jenis Mercun dekat bawah ni yang pernah bonde main....
Ada pengalaman main mercun roket dan tunder clap... bila dibakar tak meletop, bila datang dekat dia meletop...

Tapi ni ada cerita sedih pada suatu petang di hari raya, tahun bila tak ingat... Main mercun jadi pergaduhan... Biasanya kalau kat kampung Abang-Abang masa tu bujang-bujang main perang meriam dan perang mercun ni memang rutin diaorang...

Satu petang tu main tunder clap perang-perang dengan rumah depan sebelah jalan, sebelum ni memang tiap-tiap tahun akan perang mercun dan meriam... maka dalam suasana hening petang.. rumah depan mulakan menghantar tunder clap ke arah rumah kami... hasilnya akan tepat dan meletop atas bumbung rumah... kebabooommmmmmm

Kami tengah relex tengok tv jd terperajat... dan seorang abg bonde ni menyahut cabaran rumah depan dengan menghantar sebatang tunder clap ke arah rumah depan... jadi tercetuslah peperangan mercun tanda clap.

Bila rumah depan dah senyap kami pon senyap... masuk rumah sambung tengok tv maklum ceirta best... tiba-tba ada suara terpekek kat luar rumah... tanya siapa main mercun tadi.. Abg yang main tadi keluar dan mengaku dia yang main... dengan tak banyak cakap dia terus belasah abang Bonde, tumbuk, terajang, pijak ... Bonde pon dah menagis masa tu, tak tahu kenapa Belasah Abang ... lepas tu dia heret Abang ke jalan... Ya Allah dan kenapa raya-raya bergaduh...

Rupanya,
Mercun tunder clap tadi telah jatuh keatas kaki Ayah Abang tu (kami panggil Atok) dan ... buluh yang masih terpacak ada dekat kaki Atok tu.. dan darah mengalir masih belum terhenti....

Dari gumbira terjadi tumpahan darah... Ya Allah benda nak jadi... Tak tahu pulak Tunder Clap tu nak jatuh atas kaki Atok tu.  Kesian tengok Abang dah lembik kene belasah... Kami adik beradik memohon maaf dan menyarankan bawa ke klinik.  Banyak kali kami mohon maaf kepada Abang tu... dia pada mulanya tak nak maafkan sehinggalah Abang Bonde sujud mohon ampun dan Atok tu cakap dia tak apa-apa dan maafkan Abang.

Dan Atok cakap kepada anaknya sudahlah dia bukan nampak pon Ayah kat bawah pokok tadi.

Kejadian ini memang memberi kesan pada keluarga kami.. berikut kejadian ini, tahun berikutnya kami tak main mercun pon he he he insaf.. Abang Bonde jadi Fobia sekejap nak main mercun tunder claps.

Dekat bawah ni antara beberapa mercun yang pernah bonde main dulu... sebenarnya tak lah tegar sangat main mercun ni... 

Mercun Roket

Main pakakkan dekat dalam botol 

Mercun Tunder Clap

Main pacakkan dekat dalam botol 

Mercun Bola

Bakar terus baling jauh... jarang main takut x lepas, meletop kat tangan.


Terima kasih sudi membaca entri ini, tamat sudah #Cabaran20Hari ...



#Cabaran20Hari
#yangke20
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
#bondesenyumriang

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN