BondeZaidalifahDotCom: Cabaran20Hari Hari yang ke 9 : Kenangan Terawih Di Surau / Masjid Zaman Kanak-Kanak

Cabaran20Hari Hari yang ke 9 : Kenangan Terawih Di Surau / Masjid Zaman Kanak-Kanak

11:04 am

Cabaran hari ke Sembilan : 

 #Cabaran20Hari

Kenangan Terawih Di Surau / Masjid Zaman Kanak-Kanak


Kenangan Terawih Di Surau/Masjid Zaman Kanak-Kanak,  
Merasa juga zaman kanak-kanak dulu Solat Terawih di Surau, Memang Ustazah diSurau tempat kami belajar Agama dan Mengaji tu minta kami Solat Terawih berjemaah pada setiap malam di bulan Ramadhan, Alhamdulillah pada masa tu memang semangat nak solat terawih,  Arwah Ayah masa tu Solat Terawih Di Masjid, Ayah pergi naik Basikal jer... jadi Bonde dan Adik tak dapat nak follow, Kami Solat Terawih di Surau berdekatan sahaja.

Setiap hari selepas berbuka kalau tak dua pupu tunggu kat pintu, Bonde pulak akan tunggu kat pintu rumah dia, disebabkan kami akan berjalan bersama-sama ke Surau... perjalanan ke surat dengan berjalan kaki memakan masa 10 minit jer... tu pun sambil jalan tu berborak kalau tak dalam 5-6 minit boleh sampai...

Dari rumah lagi kami dah siap-siap pakai telekong.... dan berwudhu sebab masa itu baru lepas solat Magrib, memang tu semua orang buatkan... nak mudah nanti tinggal sarong kain sahaja...

Lafaz Niat Solat Sunat Terawih


                          


Solat Terawih 8 Rakaat


Pada masa tu, 
Solat terawih 8 Rakaat kami selesaikan.. saat yang ditunggu lepas solat terawih ialah makan moreh.... Yeayyy dapat makan kuih-muih, memang masa ni akan rasa semua jenis kuih yang ada.  Konon macam hakim menilai kuih mana yang sedap dan yang tak sedap.  Tapi kebanyakkannye kuih-muih tu semua sedap-sedap belaka ha ha haha

Lepas Moreh tu,
Kami terus balik... sebab tak boleh lambat, kami akan bersaing dengan Arwah Ayah yang berbasikal dari Masjid.. Ayah akan follow kami dari belakang. Kalau dua pupu kami ada..  Ayah terus sahaja tak tunggu pon...

Tapi sebenarnya,
Perjalanan kami pergi dan balik ni ada agak menakutkan... kami akan lalu sebuah rumah ini... kalau malam memang takutlah nak lalu rumah tu... rumah tu milik keluarga India,  huhhh nak lalu rumah tu siap baca doa, puh kiri, puh kanan masa tu...

Sebab apa....
Rumah tu ada bela anjing dan angsa... kalau tak anjing terlepas, angsa terlepas akan kejar kami... yang jalan kaki ni... huhhhhh tak cukup tanah kami lari... pernah sekali terlupa... kene sudu dengan angsa tu huhhh sakit he he he pecah darah jugaklah kene sudu dengan angsa..


Eeeeeee takut angsa..... larikkkkk


Terima kasih sudi membaca...

Jumpa next Entri

#Cabaran20Hari
#yangke9
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
#bondesenyumriang




~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

7 TEGURAN MEMBINA

  1. Hehe sampai kena sudu dengan angsa yer...

    ReplyDelete
  2. Dulu kecik2 pi terawih sebab nak makan moreh...heheehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha kan... Moreh selalunye sedap2 ha ha ha

      Delete
  3. Dulu prnh wt terwikh 20 rakaat..fuhh rasa mcm dh bengkak kaki dgn kepanasan..last2 wt 8 je.mmg best puasa zmn knk2 ni..teguk air time mandi pun ada..haha

    ReplyDelete
  4. Dulu prnh wt terwikh 20 rakaat..fuhh rasa mcm dh bengkak kaki dgn kepanasan..last2 wt 8 je.mmg best puasa zmn knk2 ni..teguk air time mandi pun ada..haha

    ReplyDelete
  5. Dulu prnh wt terwikh 20 rakaat..fuhh rasa mcm dh bengkak kaki dgn kepanasan..last2 wt 8 je.mmg best puasa zmn knk2 ni..teguk air time mandi pun ada..haha

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN