Cabaran20Hari Hari yang ke 8 : Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa
9:32 am

Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa
Bercerita mengenai Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa, terus teringkat kepada Rumah Kampung, Dulu Patern rumah kampung Bonde lebih kurang sama dengan gambar diatas. beratapkan nipah... sejuk tau, Kalau tido memang tak tersedar.... di sebelah Kanan adalah Rumah arwah Atok, panggilan untuk Nenek dan disebelah kiri adalah rumah nenek saudara dan rumah sepupu.
Masa kecil, memang seronok... majuk sikit cabut lari rumah Atok, maklumlah Atok rajin pujuk Bonde, Masa dah besar, Bonde pula temankan Atok, jaga Atok...
Baiklah Sebenarnya, Arwah Mak dan Arwah Ayah memang terkenal kat Kampung kalau kenduri Kahwin mesti jadi ketua masak. Nasi minyak ayah memang power tau!
Cerita pada Bulan Puasa/Ramadhan zaman dulu,
Walaupun rumah Atok dekat,
Sudah Mak nasihatkan tak payah susah-susah masak berbuka sahaja dirumah kami, Atok tak akan setuju, Atok pasti lebih selesa makan kat rumah sendiri dan masak sendiri. Atok buat lauk simple-simple je..
jadi... Bila Mak dah siap masak Mak suruh hantar lauk-lauk tu ke rumah Atok.. Sebelum tu hantar ke rumah sepupu... selalunya kami yang hantar dulu.. Sebab Mak mula masak awal jam 4.00 petang dah ketuk ketuk Ramadhan :)
Bonde masa tu mengaji dan ada kelas agama di surau masa tu belum ada sekolah agama tau...jam 5.30 petang baru habis.
Bila Mak sudah siap Masak, Mak akan senduk lauk-lauk kedalam mangkuk untuk di hantar ke rumah Atok dan Sepupu.
Masa tu Bonde hantar guna dulang... seronok bawa dulang, bila hantar juadah sempat borak dengan Dua pupu... ( he he he curi tulang jap) pada hal mak suruh hantar lepas tu balik... Hantar juadah ke rumah Atok pulak dan lepas tu, siap-siap hidang nak buka puasa dekat rumah.
Tak lama lepas tu... Dua pupu lak akan hantar juadah ke rumah kami... guna mangkuk yang sama, kerana pada masa tu pinggan mangkuk jarang beli dan bertambah... kene amalkan sistem yang begitu, kira-kira tukar-tukar juadah masa tu memang seronok. apa yang kita makan, jiran yang merupakan saudara mara turut akan rasa makanan yang sama.
Pada hari ini,
Tak sempat nak hantar juadah ke rumah jiran, kerana sampai rumah pon kadang-kadang dah lambat, terhegeh-hegeh nak masak lauk-pauk.. Buat yang simple jer... contoh lauk telur dadar segan pulak nak hantar ke rumah jiran. Harap jiran Bonde tak kecik hati dan faham situasi kami yang bekerja.
Yang sempat, beri sekotak kurma kepada jiran...pada awal Ramadhan dan mengucapkan selamat berpuasa.
InsyaAllah kalau hujung minggu ada masak-masak Bonde hantar juadah yea.
Jumpa next Entri
#Cabaran20Hari
#yangke8
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
#bondesenyumriang
Gambar dalam entri ini sumber dari : Google
6 TEGURAN MEMBINA
sayangkan amalan ni dh takde kesinambungan...
ReplyDeleteMasing-masing sibuk sendiri....
Deleteseronokkan amalan berbalas juadah ni..dayah still lagi ada kesinambungan sampai sekarang =)
ReplyDeleteBagusnye Dayah mesti seronokkan... dapat makan masakan jiran :)
Deleteooo kuat merajuk masa kecik....
ReplyDeleteha ha ha budak manje.. he he he
Delete~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang