BondeZaidalifahDotCom: #Cabaran20Hari : hari yang ke 5 : Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari : hari yang ke 5 : Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa

1:13 pm

Hari ini 14 Ramadhan.. Hari ini #cabaran20Hari : hari yang lima :


5. Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Image result for air mata

Baiklah nak cerita :

Pengalaman Pahit Semasa Di Bulan Puasa

Puasa tahun 1998 Bonde tak boleh nak lupakan kali pertama berpuasa tanpa Mak, Mak pergi meninggalkan kami sekeluarga pada bulan Mei 1998.  Pada masa tu Bonde masih bujang, Tahun pertama menyambut puasa tanpa Mak, Rasa sangat pahit untuk ditelan.... bersahur tanpa kejutan Mak... selalu arwah yang kejutkan! .....sehingga termimpi Mak kejutkan bangun pada Sahur pertama tahun itu.

Suasana sahur pertama itu, dihimpit rasa pilu... semua ahli keluarga ada bersahur bersama kami masing-masing ada rasa yang sama tapi, masing-masing seperti buat tak tahu sahaja... Tak mahu rasa sedih tu bertukar menjadi lebih hangat... Tak mahu mulakan...pendam sahaja rasa itu.

Sehinggalah Arwah Ayah yang mula buka cerita,

Kalau ada Mak kau ni,... mesti dia yang sibuk......... kami semua tertunduk tak menjawab... walaupun sebenarnya disudut hati memang dah sediaada meronta-ronta sedih, cuba tahan untuk menjaga hati agar tidak terkesan antara kami adik beradik... dan dalam kesedihan dan kepahitan itu cuba nak gembira hati Ayah.

Mana mungkin kami lupa....
Kini Bonde yatim,
Seorang Mak, dari kecil dia yang sediakan keperluan...kami sekeluarga. Bila dia tak ada mana mungkin kami lupa....Mana mungkin.....

Cuba pujuk hati...
Redhakan ketentuan Allah. Allah lebih sayangkan Mak... Alfatihah untuk Mak.
                 

DOA ARWAH UNTUK IBU


Puasa tahun 2006 sekali lagi Bonde bersedih kerana kehilangan Ayah pada September 2005.  Waktu ni Bonde sudah 2 tahun lebih berkahwin, Rasa sedih ini dikongsi bersama Kanda dan Fatin masa tu tak tahu apa kerana baru berumur 2 tahun. 

                          

DOA ARWAH UNTUK BAPA



Kini Bonde yatim piatu,
Cuba mengembirakan hati... walaupun sedih kehilangan Ayah... kerana setelah arwah Mak tiada, Bondelah orang yang rapat dengan arwah Ayah selepas itu, apa-apa cerita mesti berkongsi bersama Ayah gantikan tempat Mak, sediakan makanan dan pakai untuk Ayah. Tertapi selalunya Ayah akan uruskan sendiri bab-bab basuh pakaian,lipat dan susun.  Bonde akan buat sekiranya Ayah tak ada dekat rumah.  Sesekali Ayah ada juga minta masakkan masakan yang selalu Mak masak... Bagi Bonde tak ada masalah nak masak cuma rasanya, kadang-kadang tu mesti "rasa" tak sama.

Memang terasa kehilangan Ayah. setelah berkahwin duduk kuarters setiap minggu tetap balik melawat Ayah.. lagipun jarak tak jauh mana sekejap boleh sampai rumah Ayah.



Nasihat Bonde : Sayangilah mereka Mak dan Ayah semasa hayatnye ade... jika telah tiada kirimkan doa agar mereka disana beroleh kesenangan di akhirat nanti.



DOA UNTUK KEDUA IBU & BAPA









Image result for doa untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia

Sumber Gambar dari google :)

Jumpa next Entri

#Cabaran20Hari
#yangke5
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
#bondesenyumriang

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

12 TEGURAN MEMBINA

  1. Replies
    1. Terima kasih... Alaaa air mata Bonde bergenanglah...

      Delete
  2. salam takziah dan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya...In Shaa Allah... Aminn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih, InsyaAllah, Aamiin...
      Sedihlah...hu hu hu

      Delete
  3. tabah ye bonde.. semoga roh ibu bonde dicucuri rahmat.. meh bagi pinjam bahu yoorin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dah lalui 17 tahun tanpa Mak, 10 tahun tanpa Ayah...
      dengan bantuan suami dan ahli keluarga dan rakan taulan dapat menceriakan hari-hari Bonde...

      Namun begitu mereka tetap dihati sanubari :)

      Terima kasih pinjamkan bahu :)

      Delete
  4. Alfatihah..sy pun dh xde mak ayah..sedih dan sayu sgt..skrg ni kalau blk kg terasa kosong..hnya rumah pusaka sbgai kenangan..tp ttap blk braya utk kunjungi pusara dn knjugi adk brdk..

    Smga roh2 arwah ayah ibu kita di tmptkan di klgn org2 beriman..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhaila Johar,

      Moga Syawal tahun ini ceria yea....
      Dalam ceria, jangan lupa pada yang tiada

      Delete
    2. Moga arwah ayah/ibu ditempatkan dikalangan insan yang dikasihi

      Delete
  5. salam takziah dan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya...In Shaa Allah... Aminn.

    ReplyDelete
  6. salam takziah dan alfatihah...

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN