BondeZaidalifahDotCom: Cabaran20Hari Hari yang ke 10 : Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu

Cabaran20Hari Hari yang ke 10 : Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu

8:00 am

Cabaran hari ke Sepuluh : 

 #Cabaran20Hari


Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu


Baiklah nak cerita tentang : Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu... Sememangnya semasa Arwah Mak dan Ayah ada tetamu yang paling kami tunggu adalah adik beradik Ayah kerana Belah Mak ada 2 orang adik beradik , adik Mak tinggal sebelah rumah dengan Atok dan Adik beradik Ayah ramai maklumlah arwah Atok kahwin dua dan sudah tentu ada adik beradik kandung dan adik beradik tiri  ada yang duduk sekampung dan ada juga yang duduk luar Selangor.

Disebab kami sekeluarga tidak mempunyai kenderaan pada masa itu, kalau nak kemana-mana memang susah kerana perlu menaiki bas atau teksi. Kebanyakkan Bapa saudara dan Mak saudara kami ni berkereta jadi merekalah yang akan datang menziarah kami dikampung dan kebetulan Atuk duduk dengan Pak Itam kami dalam kampung yg sama.

Selalunya kami siap sedia dirumah dengan juadah hari raya... kuih-muih ketupat rendang semua ada.  Selalunya raya pertama kami akan duduk dirumah dan menunggu baraan dari saudara mara kami.

Saat inilah nak kenal dengan Saudara-mara... Setiap tahun tetap muka yang sama. cuma yang beza fizikal ada yang gemuk , kurus, rendah dan tinggi dan ada muka baru.. maksudnya baby baru waris generasi kami dari menantu-menantu Mak saudara dan Bapa saudara biasanya setiap tahun memang ada pernambahan. selalunya tahun ni jumpa mengandung, tahun dengan anak dah berjalan... ha gitulahhh...

Selalunya...

Selepas bersalaman dan bermaafan, mesti dapat duit raya... yahuuuu syukur Alhamdulillah.

Yang paling seronok sehingga umur 17 tahun masih dapat duit raya... hu hu hu syoknya.... sebab tulah pada saat ini Bonde teringat balik zaman dulu masa kanak-kanak ribena menunggu kehadiran mereka...


Sekian cerita Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu.

Terima kasih sudi membaca...

Jumpa next Entri

#Cabaran20Hari
#yangke10
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
#bondesenyumriang

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

6 TEGURAN MEMBINA

  1. anak-anak dan duit raya..part paling menarik di hari raya...selagi boleh cakap masih belajar selagi tu lah mak bapa sedara hulur duit raya, seronok kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah...
      Time dah keje pon seronok jugak ada juga bapa/mak saudara bg duit raya

      Delete
  2. bonde..masa khaty kecil dulu,umah tok paling di nanti untuk pergi,naik van sebab adik2 ramai..sebab raya umah tok banyak makanan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... mesti seronok tu Khaty kami beraya umah Atok sebelah mak sebelah umah jer...
      Atok sebelah Ayah selang beberapa rumah tu alan kaki... beramai2 seronok... kadang-kadang kene hon dengan kereta... sebab berduyun2 tepi jalan...

      Delete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN