BondeZaidalifahDotCom: Cabaran Hari Yang Ke 14 : Memori Raya 90An Atau Zaman Kanak-Kanak

Cabaran Hari Yang Ke 14 : Memori Raya 90An Atau Zaman Kanak-Kanak

11:42 pm

Assalamualaikum..Selamat Malam.

#Cabaran20Hari telah masuk ke jadual yang ke 3 iaitu jadual yang terakhir :

Cabaran Hari Yang Ke 14 :

Memori Raya 90An Atau Zaman Kanak-Kanak



Baiklah nak cerita Memori Raya 90 an zaman kanak-kanak..

Kalau pada zaman kanak-kanak tu sekitar tahun 1985-1990 masa tu umur Bonde 7-12 tahun... masa ni hari yang ditunggu adalah Hari Raya memang sangat-sangat gembira masa tu nak menyambut Syawal, pada hal puasa tak pernah penuh pon ada je ponteng tapi kalau beraya tu mengalahkan orang puasa penuh sebulan Ramadhan (kelakar bila ingat perangai masa tu).

KENANGAN KAD RAYA:

Seminggu sebelum raya,
Dekat sekolah sibuk memasing tukar-tukar Kad raya...
Macam-macam ada pantun dalam kad raya..

"Pecah cawan, Pecah tong","Lepas baca, harap gantung".


SERONOK BERAYA DI KAMPUNG :


1 Syawal, lepas Solat Hari Raya dan melawat Pusara Atok, Lepas tu yang seronoknye pergi beraya 1 kampung jalan kaki, siap jadual 9.00 pagi hingga 7.00 petang berjalan sakan meronda semua rumah singgah, kat kampung siap target rumah siapa tak nak pergi beraya, kalau singgah dekat rumah yang tak bagi duit raya tahun depan tak nak datang... terus pangkah X besar-besar tahun ni lagi.( ha ha ha beraya nak mengharap duit raya) mata duitan betul...

Yang kelakarnya bila keluar pintu rumah orang yang datang beraya tu... Siap bukak sampul raya kira berapa dapat? kecoh tanya ko dapat berapa? aku dapat 50 sen ko ? ishhh kecoh betul, Lepas tu bila balik rumah, setiap kali balik, mesti kira duit raya. Hasil kutipan hari ni... ha ha ha


MALAM RAYA MAIN BUNGA API :


Malam Raya pula tak keluar beraya? pasang pelita, memang meriah pelita ni, dari jalan masuk kelorong rumah dan sekeliling rumah... emm masa tu minyak tanah murah dan senang nak dapat tak macam sekarang ni... duduk kat rumah main bunga api lagi syok ooo. 

Masa tu... Bunga api besi jer yang ada... sepeket ada 12 batang dalam RM 1.00 kot harga dia...

Konon nak tunjuk kreatif bengkokkan gantung kat dahan pokok hu hu hu.


Selepas tu pada tahun 1991-1995 sudah bersekolah di sekolah menengah. Aktiviti ronda kampung memang dah tak buat sebab dah rasa malu.. 

Konon dah besar,
Kalau beraya pon cuma pergi rumah Atok dan balik.  Lepas tu, beraya ke rumah kawan-kawan sekolah @ duduk dekat rumah tunggu tetamu dan tengok tv. masa ni cerita best-bestkan! rugi rasanya pergi beraya.  Duit raya dapat dari saudara-mara yang datang kat rumah jer he he he,

Bila ingat masa-masa lalu memang kelakar pon ada.... ( rasa tercuit hati ini...)


Terima kasih sudi membaca...

Jumpa next Entri

#Cabaran20Hari
#yangke14
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
#bondesenyumriang

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN