BondeZaidalifahDotCom: BAYI DIPOTONG LAPAN SEBELUM BUANG....

BAYI DIPOTONG LAPAN SEBELUM BUANG....

6:57 pm

Assalamualaikum dan selamat petang....

Sedih bila baca, 

Kisah Bayi DiPotong Lapan Sebelum Buang

Kenapa terlalu kejam?... Nak baca kisah ni ada keluar dekat surat Khabar pon rasa seram... rasa tak sampai hati, Bila pikir balik kenapa orang yang beria nak cahaya mata tu kenapa susah nak dapat? Dan kenapa bila dah dapat? senang-senang nak kerat, nak campak, nak tanam, nak baling, nak bunuh dengan kejam.  Sesungguh Allah nak tunjuk, kepada kita semua ada juga manusia yang perangainya seperti Binatang.  Sedangkan Binatang yang tak ada akal pikiran tu pon pandai sayangkan anak.

Zaman sekarang tak boleh nak cakap lebih takut akan berbalik pada diri kita balik, takut memang takut sebab Bonde sendiri ada anak perempuan.

Cuma nak sampaikan pesan kepada adik-adik diluar sana,

Jika anda telah terlanjur dengan boyfriend@binatang yang tak nak bertanggungjawab tu...

Kalau boleh jangan sampai jadi pembunuh, kasihankanlah janin tersebut, janin itu tidak bersalah dan tidak kene mengena dengan dosa yang adik-adik dah buat.

Adik-adik dosa pertama yang adik buat berzina dan dosa kedua membunuh. kedua-dua perbuatan ini, adalah dosa besar.





Seeloknya adik-adik rujuklah dengan mana-mana badan kebajikan dan rumah kebajikan yang boleh membantu adik-adik.  InsyaAllah.

Jangan bersedih, kerana adik-adik tidak akan keseorangan.  Bila keseorangan mesti fikiran jadi celaru dan keliru. Akan jadi macam-macam perkara yang tidak diingini dan buat perkara diluar kawalan.

Berpikirlah secara waras, dapatkan nasihat dan kaunseling.. Malu letak nombor dua, Pertama pentingnya kasih sayang ibu untuk si anak...

Bayangkanlah orang yang bersalin normal dan pembedahan...
akan hilang rasa sakit melahirkan bila nampak wajah anak.

menitis air mata gembira...

Anak sebagai anugerah dan amanah dari Allah bagi pasangan yang telah dikurniakan anak,  

Bayangkan yang menanti kehadiran zuriat yang belum dapat...terguris perasaan sedih nak tak terucap bila tengok atau baca tentang kes buang anak, Bayangkan kalau orang tanya, Bila nak ada baby? Anak dah berapa orang? boleh jer jawab belum ada rezeki.(tapi dalam hati siapa yang tahu, tetap sedih orang tanya macam tu)

Entri ini bertujuan, sekiranya adik-adik diluar sana telah terlanjur dan terbaca  tolong jangan lakukan perkara yang bodoh dengan membunuh atau membuang bayi.

Adik-adik ada tempat untuk dirujuk dapatkan nasihat dan kaunseling terlebih dahulu... ada banyak tempat kita kaum wanita untuk mengadu naseb.

Doalah kepada yang esa ampunkan dosa-dosa yang telah adik lakukan kerana masih sempat untuk memohon ampun dan bertaubat.

Jangan bimbang,Masih ada yang Sayang.

InsyaAllah.




JIKA BERLAKU PERKARA DIATAS HUBUNGI BANTUAN PUSAT DI BAWAH :




Baca entri yang lain

7 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN