BondeZaidalifahDotCom: #Cabaran20Hari : Yang Ke 2 : Pengalaman Sahur

#Cabaran20Hari : Yang Ke 2 : Pengalaman Sahur

1:54 pm


Hari ni sudah 11 Ramadhan bermakna sudah 11 hari kita semua umat Islam berpuasa. Untuk #Cabaran20Hari cabaran Hari Kedua:

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

2. Pengalaman Bersahur


Waktu Makan Sahur

Waktu makan sahur adalah adzan pertama (munculnya fajar kadzib, belum masuk waktu shalat subuh) sampai adzan kedua (munculnya fajar shadiq, sudah masuk waktu shalat subuh). Di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, adzan pertama dikumandangkan oleh Bilal bin Rabah sedangkan adzan kedua dikumandangkan oleh Ibnu Ummi Maktum.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

“Bilal biasa mengumandangkan adzan di malam hari. Makan dan minumlah sampai kalian mendengar adzan Ibnu Ummi Maktum.”[1]

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

الفَجْرُ فَجْرَانِ ، فَجْرٌ يُحْرَمُ الطَّعَامُ وَتَحِلُّ فِيْهِ الصَّلاَةُ ، وَفَجْرٌ تُحْرَمُ فِيْهِ الصَّلاَةُ (أَيْ صَلاَةُ الصُّبْحِ) وَيَحِلُّ فِيْهِ الطَّعَامُ

“Fajar ada dua macam:

(Pertama) fajar diharamkan untuk makan dan dihalalkan untuk shalat (yaitu fajar shadiq, fajar masuknya waktu shalat shubuh)

dan (Kedua) fajar yang diharamkan untuk shalat (yaitu shalat shubuh) dan dihalalkan untuk makan (yaitu fajar kadzib, fajar yang muncul sebelum fajar shadiq).”[2]



2. Pengalaman Bersahur

Sebelum tu semua sudah tahukan yang bersahur itu adalah sunat... Bersahurlah kamu walaupun hanya dengan meminum setuguk air.

Baiklah nak cerita kat sini, Pengalaman bersahur setelah bergelar Bonde. Sebab kalau nak buka cerita zaman kanak-kanak Bonde tak cukup page nanti (hik hik hik kelakar)

Bonde mengajar Fatin berpuasa sejak umurnye 5 tahun, masa tu puasa Fatin macam chip more, kejap puasa, kejap tak puasa he he he... Dan pada umur 7 tahun Fatin sudah mula berpuasa penuh jika dia sihat pada hari itu,

Pengalaman Bonde Melatih Fatin Bersahur & Berpuasa:

Disebabkan Fatin sudah mula berlajar ilmu agama disekolah, 

kata fatin:

Ustazah kata kalau Puasa mesti kena bangun bersahur, Kalau tak makan masa bersahur nanti tak larat nak berpuasa.

Ini adalah cabaran bagi Bonde, kerana akan jadi orang yang paling awal bangun untuk sediakan hidangan bersahur. Jadi kene set jam loceng untuk bangun pagi.

Yang nak dijadikan cerita,

Ada satu hari, bonde tak terjaga untuk bangun sediakan hidangan bersahur pada masa itu, waktu imsak tinggal 2 minit sahaja, kejutkan Fatin dan beri dia secawan susu ducth lady.. lepas tu dia menangis tak berhenti-henti sebab tak sempat makan sahur (bagi Fatin sahur kene makan nasi), puas pujuk cakap dengan dia waktu makan sudah habis tak boleh makan lagi, masa tu fatin tak faham maksud imsak tu apa?

Fatin menangis tak henti-henti, sambil cakap ustazah cakap kalau tak makan nasi masa bersahur, tak boleh puasa. Masa tu Bonde tak tahu nak buat apa dah naik runsing dan mula naik hagin juga, dari jam 5.45 pagi hingga 8.00 pagi dia menangis tak berhenti-henti.  Agak ngeri situasi ni... Nampaknye, apa yang Fatin belajar disekolah dan apa yang dipesan oleh ustazahnya memang dia ingat Alhamdulillah..

Nak bagi berhenti Fatin berhenti menangis.

Bonde cakap macam ni, 

baiklah, hari ni tak makan nasikan masa sahur tadi, jadi tak payah puasa untuk hari ni, nasib umur Fatin masa tu baru 6 tahun, jadi Bonde kene kunci jam dan jadi jam loceng setiap hari untuk jaga sediakan hidangan bersahur.

Ini pengalaman masa umur Fatin baru-baru nak belajar berpuasa... Ini pun cabaran juga sebenarnya.

Jom sama-sama kita tengok balik apa yang dimaksudkan dengan waktu Imsak :


"Apa itu IMSAK ?


Imsak hanya dikenal di Asia Tenggara (Khususnya Indonesia & Malaysia). kemungkinan yg Membuat Ajaran Imsak Ini Berniat Baik, Agar Kita Ada Waktu Untuk Bersiap Diri Melaksanakan Sholat Dan Mempersiapkan Waktu Terbitnya Fajar.

Namun dia lupa Bahwa Islam yg diajarkan Rasulullah Saw Sudah Sempurna Sehingga Tidak perlu ditambah atau dikurangi.

Akibatnya pada hari ini Banyak umat menganggap batas akhir makan sahur adalah Imsak. Sehingga menghilangkan Ajaran Rasulullah Saw yg Sesungguhnya.

Dalil: Sabda Nabi SAW,
“Jika salah seorg dari Kamu Mendengar Adzan Sedangkan ia Masih Memegang Piring (Makanan), Maka Janganlah Ia Meletakkannya Hingga Ia Menyelesaikan Hajatnya (makannya).”
[HR.Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim, dishahihkan oleh Adz Zahabi]

Ibnu Umar berkata, “Alqamah Bin Alatsah Pernah Bersama Rasulullah, Kemudian Datang Bilal akan mengumandangkan adzan, kemudian Rasulullah SAW Bersabda,
“Tunggu sebentar wahai bilal..!, Alqamah sedang makan sahur”.
[Hadith ini dihasankan oleh Syaikh Al Albani]

“Dan Makan Dan Minumlah Kamu Hingga Terang Bagimu Benang Putih Dan Benang Hitam Yaitu Fajar”.
(QS Al Baqarah 2 : 187).

Jadi sahabatku, Batas Makan Sahur Adalah waktu fajar (saat adzan subuh/fajar), Bukan IMSAK.

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah”.
(QS Al Hasyr 59 : 7)

Mohon disebarkan, agar tidak makin tersebar kesalahan dan kekeliruan di dlm masyarakat, terutama keluarga kita dalam melaksanakan amalan di bulan Ramadhan.

Lantas aku mencari jawapan berkenaan isu ini. Lalu terjumpa satu entri berkenaan dengan hal ini yang bertajuk waktu imsak dan waktu subuh:


Tajuk: Waktu Imsak & Subuh


Soalan: Kenapakah waktu Imsak dan Subuh adalah 2 waktu yang berlainan padahal puasa dikatakan menahan lapar dan dahaga serta perkara yg membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Bukankah terbit fajar bermakna masuk waktu subuh ?

Jawapan: Assalamualaikum wrh.
Segala puji bagi Allah SWT. dan salawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih atas pertanyaan.

Sebagaimana yang dimaklumi, puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula daripada terbit fajar sadiq (masuk waktu subuh) hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib) disertai dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.

Dalil waktu bermulanya puasa adalah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud:

“dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib)”.

Berdasarkan kepada dalil tersebut maka jelaslah bahawa waktu puasa itu bermula apabila masuknya waktu Subuh. Hal ini telah pun disepakati oleh Ijma’ Ulama’. Adapun waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Qur’an yang sederhana panjang.Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu.

Waktu imsak ini adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti makan/minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap untuk menantikan masuknya waktu subuh dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-gapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. Bersahur ketika hampir waktu imsak ini juga adalah lebih afdhal kerana ia amalan Rasulullah SAW sebagaimana maksud hadis daripada Zaid bin Thabit iaitu:

“kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya “berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?”, baginda bersabda “50 ayat al-Qur’an” (HR Bukhari).

Jadi jelaslah apa itu waktu imsak dan waktu bermulanya puasa (subuh).Kesimpulannya, mereka yang makan/minum selepas waktu imsak tidaklah membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai masuknya waktu subuh tetapi bersahur ketika hampir waktu imsak (tidak terlalu cepat atau lambat) adalah yang digalakkan kerana ia sunnah Rasulullah SAW dan merupakan adab bersahur yang sangat baik. Meninggalkan sunnah Rasulullah SAW dengan sengaja tanpa alasan munasabah adalah makruh dan tidak terpuji. Demi menjaga kesempurnaan ibadah puasa kita dan lebih beradab dalam melaksanakan perintah Allah maka adalah baik jika kita mengikut panduan yang diberi.

Sesungguhnya Allah Ta’ala lebih mengetahui.


Baiklah jom tengok 10 tip bangun sahur dibawah ini agak berkesan juga bagi mereka yang susah nak bagun sahur tu...... :)


#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
#bondesenyumriang


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

14 TEGURAN MEMBINA

  1. Perghh panjang kebar entri ni. Terima kasih kerana entri yang penuh ilmu ini. Moga menjadi saham di kubur nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Abam Hoq...
      InsyaAllah Aamiin

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian, sebelum nie Zumal tidak tahu berkaitan imsak dengan tepat. Alhamdulillah kini dah faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal sama-sama kita belajar balik mana-mana ilmu yang dah lama yang semakin pudar.... Mohon pencerahan balik kan!

      Delete
  3. tahniah kak.. anak sendiri tau kepentingan berpuasa dan bersahur.. xyah dah nak explain banyak2. nak ajar anak berpuasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Yoorin cikgu dan ustazah memang banyak membantu...

      Delete
  4. huiii..mencabar kn jadi ibu nihh...ummul tgh mengalami ni..anak xnak bngun sahur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencabar.... kene Sabar Ummul...
      Bila dah besar nanti oklah

      Delete
  5. Replies
    1. he he he Fatin menekankan ayat ustazahnya...disitu

      Delete
  6. saya mmg akan bangun sahur walaupun hanya minum air kosong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju...
      Air amat penting utk proses buah pinggangkan!

      Delete
  7. Kat umah mmg akan bgun sahur walaupon tk mkn nasi mkn roti ke biskut ke ....kena bangun sahur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kalau terlepas sahur memang haru lah jadinye...

      tapi cuba untuk terus berpuasa :)

      Delete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN