BondeZaidalifahDotCom: #Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda?

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda?

9:40 am

#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Bagi Anda?


Untuk Cabaran yang pertama Apa Erti Puasa buat Anda?
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015




Bonde :


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita semua dengan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya, berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semua semakin bertambah. 

Dan sebab itulah kita semua sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding daripada Ramadhan sebelumnya. 

Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.



Pengertian: 


Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

           

Puasa pertama melatih diri : fahamkan Erti Puasa "menahan diri dari lapar dan dahaga".

Sejak umur 7 tahun Bonde telah dilatih/dididik dengan amalan berpuasa pada masa tu memang tak tahu pun erti puasa?kenapa kene puasa? 

Mula hari pertama berpuasa :
arwah ayah ajar niat puasa dalam bahasa rumi (Rindu waktu ini) 

seawal jam 3.00 pagi arwah kejutkan bangun makan sahur, macam hang je pertama kali kene bangun awal pagi dan dipaksa makan, padahal itu adalah waktu tidur dan semua ahli keluarga dikejutkan oleh mak/ayah supaya bangun makan sahur bersama-sama.

Mak pulak sudah hidang menu untuk dimakan, Bonde masa tu tahu makan jer, Emm Rindu waktu ini juga, rindu masakan Mak.

kenapa kene makan pagi soalan pertama ?                               : Kene Bersahur

Bersahur bermakna menikmati makanan sebelum terbit fajar sebagai persediaan untuk bepuasa. Pahala bersahur diperolehi dengan semata-mata makan atau minum walaupun seteguk air. Sabda Rasulullah;

  “Bersahurlah walaupun dengan seteguk air” (HR Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.)

Puasa Hari Pertama :


Melalui hari pertama dengandugaan dan tidak sabar, kerana pada masa tu setiap jam akan tanya Mak, lambat lagi berbuka? lambat lagi ke Azan? Mak masak apa? macam-macam soalan ditanyakan..

dan...

Mak jawab: Kalau tak larat pergi tidur, rehatlah...


Puasa Sekarang :

Bila mula puasa pasti akan ingat kenangan puasa dulu-dulu zaman kanak-kanak.

Jika dulu Ayah/Mak yang kejutkan Bonde, kini Bonde akan kejutkan kanda dan fatin untuk bangun bersahur.

Jika dulu mak masak untuk keluarga sekarang giliran Bonde masak untuk keluarga Bonde.

Kenangan berpuasa dulu-dulu dan sekarang tiada beza dan setiap orang akan melalui perkara yang sama.

Jadikan Ramadahan kali ini lebih bermakna.. InsyaAllah, Aamiin.

Jangan lupa baca Entri ni sekali berkaitan Ramadhan 1436 :




#Cabaran20Hari
#kelabbloggerbenashaari
#exchangefeedgroup
#bukansekadarblogger
#bukansembangkosong
#bondesenyumriang














~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

10 TEGURAN MEMBINA

  1. Sapa bangun dulu selalunya ketika bersahur, Bonde atau kanda atau fatin? ..atau kalau bonde tak bangun semua terlepas sahur...takpe tu cerita masa pengalaman bersahur nanti..selamat berpuasa Bonde n family.

    ReplyDelete
  2. seronok dpt puasa dgn family kan..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN