BondeZaidalifahDotCom: DAY 1 - SARANG BURUNG... PERTAMA KALI CUBA PART 2

DAY 1 - SARANG BURUNG... PERTAMA KALI CUBA PART 2

5:48 pm

Jom baca....

Assalamualaikum... Salam Petang...

Lepas makan kami dibawa Shopping Ke Nora Plaza... Kami jalan berlima kat sini dan kemana-mana pon berlima ha ha ha... sesuka hati jer



Disitu.. Kami diperkenalkan dengan Sarang Burung...Kedai menjual sarang burung ni ada kat pintu masuk Nora Plaza tu jer...

Disebabkan dah sampai kat sini apa salah kita cuba yea tak?

 Perisa Sarang burung yang ada

 Kami Minum Perisa Longan Sedap rupanya...Bonde share dengan Jelin ....
semangkuk 200 Baht

Chrysanthemum Tea tanpa gula percuma tau ....
Percuma memang sedaplahkan

Mai rase Secawan

Kesian atul kene habiskan sebab dia makan semangkuk seorang he he he 


Lepas makan tu kami pi lah cuci mata kat dalam... sini femes barangan kulit
kulit Kambing, Buaya dan kulit Pari


Suka tengok hasil barang terpakai tin minuman

Tut tut pon ade

Ni beg home made tau cantik2

Kat sini tak terpikir nak beli ada dok jalan-jalan cuci mata je mood membeli belum datang he he he


Satu lagi kedai Nora Plaza untuk bahan-bahan kering, kacang-kacang, sotong-sotong dan pes Tom Yum yang halal dan femes




Selfie sikit he he he

Nak makan tak? ulat pokok, dah jadi keropok tak tau apa rasanya sebab tak?sebab tak rasa pon eke ke ke geliii

Pes Tom Yum yang dipromote oleh travel agen sedap dan halal 
Bonde beli 1, tapi di Danok masa nak balik Malaysia
1600 Baht bersamaan RM 16.00

Kak Yan Nak jadi promoter kacang jap he he he 


Kacang ni femes kat Langkawi sini 3 Tin Rm 10 ,Sama harga macam Langkawi juga :) Bonde tak beli jugak sebab target nak beli kacang gajus jer.

Ok seterusnya kami akan ke Floting Market...

Tunggu Entri seterusnya yea...


 ~ BONDE :) RIANG ~


Kebaikan Sarang Burung


Rahsia mengenai khasiat sarang burung walet (spesis daripada keluarga burung layang-layang). Cuma sejak kebelakangan ini ia mula diketahui umum serta mula mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung walet ini.


Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.

Sarang burung walet ini juga mampu mengubati KANSER dan HEPITITIS B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia. 

Antara khasiatnya yang ketara ialah:-

· Melancarkan system aliran darah yang betul ( mencegah kepucatan )
· Melegakan pernafasan & paru-paru
· Membetulkan system urat saraf ( termasuk warga emas )
· Memperbaiki sistem buah pinggang ( terutama pesakit diabetic )
· Memutih, melicinkan muka ( terutama bagi wanita hamil )
· Menghilangkan kedut kedut muka
· Mencantik & mengimbangkan struktur badan
· Menyegarkan mata dan membaiki aliran darah & urat mata
· Asma (lelah)
· Membuang air dalam paru paru atau lemah paru2 atau berair)
· Agen memperbaiki hepatitis B & kanser
· Meninggikan IQ (orang dewasa dan kanak kanak)
· Batuk batuk kronik atau deman panas
· Untuk tenaga batin
· Menghasilkan sperma bagi lelaki & Menghasilkan / peningkatan telur dalam ovari
· Merupakan makanan sehat bagi para perokok, serta mengurangi effect yang ditimbulkan dari nicotin.
· Penambahan selera makan terutama bagi warga emas


Terdapat Info & Pic dari google



Baca entri yang lain

14 TEGURAN MEMBINA

  1. Sarang burung tak pernah try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie sedap rupenye firsttime toray... bolehlah diterima dek tokak he he he

      Delete
  2. sedapkan bonde, tapi ni makanan orang2 kaya hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan kesihatan dan untuk awet muda gitu

      Delete
  3. bagus kan minum sup sarang burung nih...tp mahal..

    ReplyDelete
  4. Banyak betul yang pelik-pelik kat sana ye. Ulat pokok lah. Kulit buaya, peh. Seram. Tapi untunglah dapat rasa sarang burung bonde. Kat Mesia orang kaya je yang makan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kat Malaysia Mahal...
      Kat Korea pulak ginseng mahal he he he

      Delete
  5. wah bestnya bonde. terasa nak pergi je sana :D

    ReplyDelete
  6. macam nak cuba la sup sarang burung RM20 semangkok ..org kata baik utk kesihatan, makan banyak sup sarang burung akan bertambah riang..kan bonde kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he betul tu...
      masa kat Hat Yai diorang kata akan 10 tahun muda ha ha ha

      Delete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN