TAK SABAR !



Image result for SURPRISE


SURPRISE........COVER ANDAI ITU TAKDIRNYA 2

ASSALAMUALAIKUM...

INI SURPRISE....TAK BOLEH TUNJUK DULU, TUNGGU PELANCARANNYA NNT, 25 APRIL 2015 PADA PEMINAT NOVEL SR PASTI DAH TAK SABAR2 NAK TUNGGU... ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 KAN!...
TAHUNYA PEMINAT TEGAR, NOVELHOLIC... MESTI TAK SABAR KAN!...
SEMENTARA NAK TUNGGU PELANCARAN NOVEL NI... SILA LAH REVIEW DULU NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA PART 1...




Sinposis:

(copied from goodreads)


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


Read more: http://novelmalay.blogspot.com/2011/08/siti-rosmizah-andai-itu-takdirnya.html#ixzz3TrexKKIa

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. waaah... bonda pom pminat novel ya? boleh geng dgn ainaa. peminat tegar novel ni. hehe ^_^

    BalasPadam
  2. Sha ada novel ni kat rumah. Memang dramatik habis novel ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu Sha berapa kotak tisu habis tu.. hik hik hik

      Padam
  3. Balasan
    1. Harith Iskandar...

      tak lama lagi dah dekat dah bulan April...
      sabar menunggu...

      Padam
  4. pcl dengan novel jauh ..jauh sangat; mungkin sebab lelaki kot...malas nak layan sesuatu yg hurmm.

    BalasPadam
  5. PCL tapi ramai jer lelaki menulis novel sekarang ni,karya mereka mmg bagus... contoh buku fixi ramai jer lelaki menulis dan yg membaca majoriti. wanita ... Ramlee Awang Musrid pon sama.. pembaca novelnya ramai wanita

    BalasPadam
  6. Dulu mmg minat sgt2 tp sekarang dah kurangkan sikit sbb tk sempat nk baca huhu

    BalasPadam
  7. tahu2... cik Candy pernah ada novel ni. hehee hantu novellah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. CC tunggu ekkk 25 ni bonde preview dengan Kak SR di PBKL.. Pelancaran novel sambungan Andai itu takdirnya 2... yeayyy dpt peluk dulu...

      Padam
  8. lama cn tak baca novel, lg bercinta ngn blog ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. CN novel sekarang semua boleh baca kat page penulis dan diaplikasi android

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.