BondeZaidalifahDotCom: UNTUK KALI YG KETIGA

UNTUK KALI YG KETIGA

2:04 pm

Kami sudah Mendaftar ;)

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM PETANG...

ALHAMDULILLAH SAYA SIHAT HARI INI, KEPALA TAK TING TONG DAH SEBAB CUKUP TIDUR..
MUNGKIN KEPALA SAKIT SEBAB TAK CUKUP TIDUR...

PROGRAM DERMA DARAH DI DEWAN BANGSAWAN, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, CYBERJAYA..12/2/2015


DISEBABKAN HARI NI BONDE NAK DERMA DARAH, BONDE MASUK TIDUR AWAL...MLM TADI SEBAB TIDUR AWAL ADALAH SALAH 1 SYARAT KENE TIDUR AWAL... ;)

WALAUPUN SEMALAM... KEPALA TING TONG BONDE TAK MAKAN SEBARANG UBAT PON... CUMA TIDUR TIME LUNCH KAT OPIS DAN HIDU AROMA BATOOK ORI...

ALHAMDULILLAH...
SELESAI UNTUK TUGASAN HARI INI ;)

Dapat ubat dan minuman


Yeayy Kami dah dapat Sijil






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut antara faedah derma darah:
* Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

* Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.

* Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

* Membakar kalori

Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

* Warga emas rasa lebih bertenaga

Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

* Tingkat tahap kesihatan.

Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.

"Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung," kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.

* Ujian asas darah

Selain semua faedah penderma, ujian darah dilakukan sebelum menderma darah membantu orang ramai mengenal pasti mengalami penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, sifilis dan malaria. Penderma segera dimaklumkan jika mana-mana ujian ini didapati positif.

Derma darah

* Sebanyak 450 ml darah diambil, iaitu kurang dari 1 pain (586 ml). Orang dewasa biasanya mempunyai lebih kurang 5 liter (10-12 pain) darah di dalam badan.

* Proses menderma darah ini akan mengambil masa 7-10 minit, tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang satu jam.

* Mereka yang layak menderma darah berusia 17 tahun ke atas (pengesahan umur diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45 kilogram. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila maklumkan sebelum menderma darah.


Baca entri yang lain

10 TEGURAN MEMBINA

  1. Tak dapat nak menderma sebab berat tak cukup... Huhuhuuu
    Syoknya bonde dpt menderma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy Irra nnt boleh menyumbang ke arah lain.. Alhamdulillah ini sebahagian dari sedekah bonde untuk mereka yg memerlukan.

      Delete
  2. nani pernah sekali aje menderma bonde^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Nani...

      sekali pon sangat bermakna bagi mereka yg memerlukan...

      Delete
  3. anis xpernah lg derma..huhu.. syabas bonde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Per kalau belum pernah menderma , boleh cuba... 1 masa nanti :)

      Delete
  4. bagosnya bonda . lela tak pernah derma darah . gerun dengan jarum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bonde dermakan darah ini untuk mereka yg memerlukan...

      kalau gerun tengok jarum kene tutup mata, sebab cucuk jarum tu tak sakit pon.... :)

      tenang...

      Delete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN