BondeZaidalifahDotCom: TEMAN LELAKI UPAHAN

TEMAN LELAKI UPAHAN

1:20 pm

MUKA TAK TOUCH UP... MMG MACAM NI :)


ASSALAMUALAIKUM...

OK 1 LAGI DRAMA ADAPTASI NOVEL AKAN BERSIARAN PETANG INI...
TEMAN LELAKI UPAHAN... DRAMA NI MENGANTIKAN DRAMA ISTIHARAH CINTA...

HARI NI MULA EPISOD 1 SLOT AKASIA JAM 6.55 PTG

HERO : UNGKU ISMAIL AZIZ
HEROIN : ELIZAD SHARIFUDDIN

DAH BACA NOVEL NI? JIKA BELUM BOLEH KE...

BLOG PENULIS : ZUERA@AZURA RASIDDIN

http://secretlun.blogspot.com/2014/03/teman-lelaki-upahan-1.html

ADA 10 BAB SEMUANYA... TAPI NANTI KENE CARI NOVEL JUGAK...SEBAB DEKAT BLOG CERITA TAK HABIS..



SINOPSIS :

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

JANGAN LUPA MENONTON...
BIASANYA BONDE RECORD JER...
DISEBABKAN HARI NI BONDE PUASA... ADA MASA NAK PREVIEW NOVEL... SELAK-SELAK SIKIT :)



Baca entri yang lain

19 TEGURAN MEMBINA

  1. Alamak, dah nak kuar tv ke? Akak baruuuuu nak start baca novelnya.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni, banyak filem dan drama yang ikut novel kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... Ejoy mmg banyak yg diadaptasi tapi kepuasan pada bonde, bila baca novel..
      ~filem dan drama memainkan watak shj...

      Delete
  3. Replies
    1. HE HE HE... BONDE DAN NOVEL TAK DAPAT DIPISAHKAN

      Delete
    2. He he he bonde dengan novel tak dapat dipisahkan

      Delete
  4. Baca dulu sblm tgk dalam tv hehehe

    ReplyDelete
  5. amboiii bonde.semua cerita dia ada novel ni. jelessss T.T

    ReplyDelete
  6. Tgh tgk citer die ni..hahaha best x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel best... drama kita try tengok macam mana he he he

      Delete
    2. drama kureng la.. heroin xbrape best... huhu..just pendapat 20sen..hikhik

      Delete
    3. novel mmg best...
      drama selalunya dipertengah baru best..

      Delete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN