BondeZaidalifahDotCom: SELSEMA belum BAIK!!!

SELSEMA belum BAIK!!!

2:20 pm

Jom baca....


WAH.... KENAPA? KENAPA? KENAPA?
SEJUK SANGAT HARI NI... 

DAN BILA PULAK SELSEMA NI NAK BAIK... BONDE RASA DAH LAMA SELSEMA NI DAH MASUK 2 MINGGU DA... APA PERLU DILAKUKAN....MAKAN UBAT...
CARI INFO DAN BACA.... PUNCA-PUNCA SELSEMA X BAIK2

Cara-cara menangani selsema 
Langkah Pencegahan :
  1. tidak berada berdekatan dengan orang yang mengidap selsema
  2. membasuh tangan secara kerap atau mengelap tangan menggunakan alcohol-based sanitizer , terutamanya ketika berada di kawasan orang ramai seperti di sekolah, hospital, tempat kerja.
  3. tidak menyentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap
  • vaksin tidak effektif
 Rawatan Medikal : (tiada ubat yang mengurangkan tempoh sakit, namun, tujuan utama rawatan medikal adalah untuk mengurangkan gejala yang dihidapi)
  1. analgesics   } ibuprofen, acetaminophen/paracetamol
  2. antipyretics }
  3. antihistamine ( 1st generation - untuk hidung berair )
  4. anticholinergics ( ipatropium nasal spray )
  • ubat batuk tidak mengurangkan simptom
  • ubat-ubat yang disenaraikan diambil atas perskripsi doktor. Dapatkan nasihat doktor atas kesan sampingan, kekerapan, tempoh penggunaan untuk setiap ubat.
  • Ubat memberi kesan yang berbeza kepada setiap orang. 
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memberi ubat kepada kanak-kanak
 Rawatan natural
  1. menyapu dan menggosok pati vapor, balm, minyak panas pada dada - membantu melegakan sesak nafas dan meningkatkan kualiti tidur
  2. dapatkan rehat yang cukup untuk meningkatkan imunisasi badan
  3. berkumur dengan air garam suam
  4. menyapu Vaseline di bawah hidung untuk mengurangkan iritasi akibat hidung berair.
  5. menyedut hingus menggunakan alat penyedut bagi bayi dan kanak-kanak
  6. madu untuk meningkatkan kualiti tidur dan melegakan batuk PERINGATAN: JANGAN BERI MADU KEPADA BAYI BERUMUR 1 TAHUN KE BAWAH )
  7. mengambil nutrisi seimbang
  8. meditasi atau senaman untuk mengurangkan stress
  9. aromatherapi





 ~ BONDE :) RIANG~

Baca entri yang lain

4 TEGURAN MEMBINA

  1. alahai kesiannya,,lg satu selsema smpi 2 minggu?lama tu,,cuba buat cara sy tgk,,sy tk suka mkn ubat,biar antibodi sendri yg lawan ,,,pastu banykkan minum air kosong,ambil vit c atau makan buahan2 citrus mcm limau dan mangga,,sy slalunya minum jus oren masa selsema,,insyaAllah,,1 hari je berhingus,,,

    pastu dah berbulan2 tak dapat selsema,,alhamdulillah,,

    ReplyDelete
  2. moga cepat sembuh. Amin..:)

    *komen sikit boleh, agak susah baca tulisan putih latar belakang pink. kalau tukar tulisan warna hitam mungkin lebih terang sikit nak membaca. saya nak baca tip2s tu secara laju tp agak terhalang. hehe.. terima kasih berkongsi tips yg sangat berguna tu. :D

    ReplyDelete
  3. Bonde jarang kene selsema ni, tp klu dah kene lama pulak. Tp asalkan tak kene time bulan puase nnt sudah la. Pala pon wink wink jer bosan betol.

    Missina tq share info

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN