BondeZaidalifahDotCom: Petua Untuk Wanita Sentiasa Cantik dan Manis

Petua Untuk Wanita Sentiasa Cantik dan Manis

11:45 pm

Jom baca....

Rajin Bersenaman
Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit anda akan lebih cantik dan berseri-seri. 
 Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana, lemak tepu yang biasanya melekat pada saluran darah akan meningkat sejajar dengan peningkatan usia anda. Sesungguhnya, penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

Penjagaan Tulang – 
Penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D amat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Amalkan juga senaman seperti jogging untuk menguatkan tulang anda.


Makan Rempah Ratus
Memakan rempah ratus dalam bentuk serbuk amat mujarab dan berkesan jika anda campurkan sedikit madu dengan telur ayam kampung. Rempah ratus berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahan-bahannya seperti akar telunjuk langit , akar Siti Fatimah, tongkat Ali, akar tutup bumi, bunga pakma dan akar seringan. Daun-daun akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum, dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.