Petua Untuk Melambatkan Muka atau Leher Berkedut



Jom baca....

1. Anda perlu menyediakan topeng muka (masker) buatan sendiri.

2. Ambil sebiji telur dan gunakan bahagian kuning telur sahaja. Bahagian putih anda boleh simpan dahulu.

3. Kemudian, titiskan beberapa titik minyak sayuran ke atas kuning telur tadi.

4. Kacau campuran itu hingga sebati. Pastikan campuran tersebut tidak terlalu pekat atau cair.

5. Sapukan campuran tersebut ke seluruh wajah anda dan biarkan sehingga ia kering. Lebih kurang dalam 15 ke 20 minit.

6. Kemudian barulah anda cuci muka dengan air bersih.

7. Anda boleh mengamalkannya 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai permulaan. Kemudian, apabila kulit anda bertambah baik, boleh jarakkan sikit tempuhnya. 

Contohnya seperti anda buat 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Kalau anda ingin buat topeng muka dengan menggunakan putih telur pun boleh. Buat selang seli. 

Sekali guna kuning telur + minyak sayur. Giliran seterusnya anda pakai formula putih telur + minyak sayur. Kedua-dua bahagian telur itu baik untuk kulit.



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan