BondeZaidalifahDotCom: NASIHAT JIWA

NASIHAT JIWA

1:24 pm

Jom baca....

Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku agar mendengar suara – suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan setiap kata – kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.
Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang – kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan
Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.

Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati – hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana kelak.
Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran !
Jiwaku mahu sahabat – sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang terjamin Syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasa yang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.

Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta. Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba Allah yang sebenar – benarnya.
Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat – sahabatku.
Moga Allah redha.



 ~ BONDE SENTIASA SENYUM RIANG :p ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN