Hit@m-Hit@m Si T@mpuk M@nggis.....



Hari tu masa balik dari Mersing.... singgah makan tengah hari di Hentian Pagoh... hentian dia sama macam kat Tapah Perak tu.... ada jual2 buah-buahan....

nampak la buah manggis rasa teringgin.... saja la tanya sekilo RM berapa???? penjual tu cakap 1 Kilo RM 8.... Mahal tu...pk2 manggis nie kadang2 buah nye masak muda keras bedengkung.... jd simpan jer la hajat nak beli.... takut x elok...


he he he
Kanda belikan kat pasar malam....
baru 1 Kilo baru RM 4.... buah nye pun cantik2.... sedap2 dan bonde kene la...LIKE..LIKE...LIKEEEEEEE 


Walau pun hitam rasanye manis......




- Anda mesti sedia maklum bahawa buah durian adalah the 'King of Fruits' tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the 'Queen of Fruits'?

- Jadi apa kata kalau kita mengenali dengan lebih dekat apa yang dikatakan buah manggis?

- Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.

- Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.

- Baiklah, itu adalah artikel yang dipetik dari wikipedia. Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

- Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.

Catat Ulasan

0 Ulasan